SUKMA 2026: Kontinjen boleh bantah keputusan pertandingan secara rasmi

8 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SUKMA 2026: Kontinjen boleh bantah keputusan pertandingan secara rasmi

SHAH ALAM, 8 Ogos: Kontinjen yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pertandingan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 boleh mengemukakan bantahan rasmi mengikut prosedur ditetapkan dalam peraturan pertandingan setiap acara.

Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi berkata tatacara bantahan telah diperincikan bagi memastikan setiap bantahan dapat dinilai mengikut saluran yang betul.

Katanya, kontinjen yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan surat rasmi kepada pengurus pertandingan atau jawatankuasa teknikal dalam tempoh ditetapkan.

Image from: SUKMA 2026: Kontinjen boleh bantah keputusan pertandingan secara rasmi
Temuramah bersama Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi di Pejabat Majlis Sukan Negeri Selangor Shah Alam pada 3 Februari 2026. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

“(Cara bantahan) ada dalam peraturan pertandingan untuk semua pertandingan, cara-cara protes, semua ada dalam peraturan pertandingan.

“Jadi kalau tidak puas hati, boleh buat satu surat rasmi kepada pengurus pertandingan ataupun KDT,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata, bantahan berkenaan akan dinilai termasuk meneliti merit setiap kes sebelum membuat keputusan.

“Memang sudah ada jawatankuasa yang diwujudkan untuk menilai apa sahaja protes dari setiap sukan itu. Jika tidak puas hati juga, bantahan boleh dibuat kepada juri rayuan.

“Juri rayuan boleh buat keputusan contohnya melihat perkara yang dibantah langsung tidak relevan dan sebagainya dia boleh tolak sahaja bantahan itu,” katanya.

Menurutnya, bantahan perlu dikemukakan sebaik sahaja pertandingan tamat dan kebiasaannya dalam tempoh satu jam selepas perlawanan berlangsung.

“Dia kena buat sebaik sahaja biasanya pertandingan tamat. Buasanya satu jam selepas pertandingan itu. Kalau sudah habis SUKMA, baru nak buat, no pointlah,” katanya.

Beliau berkata setiap bantahan dikenakan bayaran sebanyak RM500 yang tidak akan dipulangkan sama ada bantahan tersebut berjaya atau sebaliknya.

SUKMA Selangor 2026 dijadual berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos, manakala PARA SUKMA 2026 akan diadakan pada 5 hingga 14 September.

Kejohanan tersebut akan mempertandingkan 469 acara daripada 37 jenis sukan, manakala Para SUKMA melibatkan 316 acara merangkumi 10 jenis sukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved