SUKMA: Nur Afrina ungguli 200m wanita, Selangor raih emas ketujuh

19 Sep 2022 • 9:17 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 SEPT: Atlet Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal memenangi pingat emas untuk Selangor menerusi acara lumba lari 200 meter (m) wanita berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor melalui Facebook memaklumkan pingat diraih itu adalah yang ketujuh bagi kontinjen negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 ini.

Nur Afrina Batrisyia mengungguli saingan dengan mengatasi Nur Aishah Rofina Aling dari Sabah untuk tempat kedua dan K M Darshini (Pahang) ketiga.

Kontinjen negeri memulakan cabaran dalam temasya dwitahunan itu dengan memperoleh emas pertama disumbangkan atlet wusyu Mandy Cebelle Chen.

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved