SUKMA: Selangor raih emas kedua acara kumite lelaki bawah 75kg

16 Sep 2022 • 9:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 SEPT: Selangor meraih emas kedua Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi M Gogulnath dalam acara kumite kategori individu lelaki bawah 75 kilogram.

Pingat perak acara tersebut dimenangi atlet Wilayah Persekutuan V Logen manakala gangsa dikongsi atlet Sarawak Vincent Garfelo Anak Disen dan P Karthigeyan dari Johor.

Semalam atlet wusyu Selangor Mandy Cebelle Chen menyumbang emas Sukan Malaysia (SUKMA) pertama untuk kontinjen Selangor.

Selangor menyasarkan 40 pingat emas, 40 perak dan 45 gangsa untuk edisi kali ini yang berlangsung mulai 16 hingga 24 September ini.

Seramai 490 atlet dan 75 jurulatih mengambil bahagian dalam 30 jenis sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA ke-20.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved