SUKMA: Trio Berbasikal Kedah Sapu Bersih Tiga Tempat Teratas Acara XCO Wanita Individu

22 Aug 2024 • 9:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

SUKMA: Trio Berbasikal Kedah Sapu Bersih Tiga Tempat Teratas Acara XCO Wanita Individu

Dalam satu kejayaan yang membanggakan, tiga atlet berbasikal wanita dari Kedah berjaya melakar sejarah apabila mendominasi podium dalam acara Cross Country Olympic (XCO) Wanita Individu.

Majlis Penyampaian Hadiah dan Kalungan Pingat diadakan untuk meraikan pencapaian cemerlang mereka, dengan semua tiga tempat teratas disapu bersih oleh atlet-atlet dari negeri Jelapang Padi itu.

Pingat emas dimenangi oleh Phi Kun Pan, diikuti pingat perak dirangkul oleh Nurul Nabilah Mohd Asri dan pingat gangsa dalam genggaman Nur Fitrah Shaari.

image is not available
Sumber: Radhi Mat Din

image is not available
Sumber: Radhi Mat Din

image is not available
Sumber: Radhi Mat Din

Dalam majlis penyampaian hadiah itu juga, kelihatan tiga bendera negeri Kedah dilihat berkibar di tanah Bumi Kenyalang.

Terdahulu, pasukan berbasikal wanita mewakili Kedah turut bersaing hebat dengan 11 pasukan yang bertanding menerusi acara berpasukan lepas beramai-ramai wanita sejauh 108 kilometer.

Menerusi acara yang melibatkan 38 pelumba itu, empat wanita dari pasukan berbasikal Kedah dengan diketuai oleh Nur Fitrah memperoleh pingat emas pertama dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

image is not available
Sumber: Radio Malaysia Kedahfm