Sultan berkenan berangkat ke majlis makan malam alumni UPM

27 Oct 2024 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 27 OKT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan berangkat ke makan malam bersama alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada acara kali ke-12 itu disambut Naib Canselor UPM Dato’ Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

“Seramai 500 alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) hadir ke Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming ini.

“Baginda turut berkenan menyampaikan beberapa anugerah antaranya Apresiasi Alumni dan Anugerah Bakti Alumni,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved