Sultan Brunei berkenan menerima menghadap PM

20 Jul 2024 • 8:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu kota antara lain bagi membincangkan tentang kemajuan kerjasama Malaysia dan negara itu.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan turut dibincang persediaan Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 yang bakal berlangsung di Bandar Seri Begawan bulan depan.

“Alhamdulillah Paduka Seri Baginda Sultan dan saya berpeluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang giat berlangsung antara Malaysia dan Brunei Darussalam selain membincangkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.

“Mendoakan semoga hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh demi manfaat bersama, insya-Allah,” kata beliau.

Terdahulu, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara pagi tadi.

Sultan Hassanal Bolkiah turut dijadual menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Negara malam ini sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved