Sultan Ibrahim, Raja Zarith Sofiah zahir ucapan selamat Hari Ibu

12 May 2024 • 12:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 12 MEI: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Ibu kepada wanita yang bergelar ibu.

Seri Paduka Baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.

“Saya sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dikurniakan seorang isteri dan ibu yang amat penyayang kepada anak-anak. Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang yang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah Seri Paduka Baginda.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved