Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan

12 May 2024 • 2:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Raja Zarith Sofiah (tengah) pada Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan - Gambar BERNAMA

MELAKA - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Ayer Keroh di sini hari ini.

Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong pada 10.30 pagi, diiringi isteri Yang Dipertua Negeri Melaka Toh Puan Asmah Ab Rahman.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz.

Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. - BERNAMA