Sultan Ibrahim terima darjah tertinggi kerajaan Jordan

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 2:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sultan Ibrahim terima darjah tertinggi kerajaan Jordan

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dikurniakan darjah kebesaran tertinggi Kerajaan Hasyimiah Jordan, The Collar of Hussein Ibn Ali, oleh Raja Abdullah II sempena lawatan negara ke Malaysia hari ini.

Menerusi perkongsian Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, iIstiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung di Istana Negara ketika pertemuan Sultan Ibrahim dan Raja Abdullah II bersama delegasi Malaysia serta Jordan, hari ini.

“Darjah The Collar of Hussein Ibn Ali diwujudkan menerusi titah diraja Jordan pada 22 Jun 1949.

“Darjah berkenaan dikurniakan kepada raja-raja, ketua negara dan ketua kerajaan yang mendapat perkenan Raja Jordan,” menurut kenyataan itu.

Pada istiadat sama, Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) kepada Raja Abdullah II sebagai tanda penghormatan serta usaha memperkukuh hubungan persahabatan antara kedua-dua negara. – KOSMO! ONLINE

The post Sultan Ibrahim terima darjah tertinggi kerajaan Jordan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved