Sultan Ibrahim dikurniakan Darjah Kebesaran Awam Tertinggi Jordan

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 1:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sultan Ibrahim dikurniakan Darjah Kebesaran Awam Tertinggi Jordan
Sultan Ibrahim berkenan menerima Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali iaitu darjah kebesaran awam tertinggi Kerajaan Jordan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin berkenan menerima Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali iaitu darjah kebesaran awam tertinggi Kerajaan Jordan.

Darjah kebesaran itu dikurniakan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II pada istiadat pengurniaan yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara di sini selepas pertemuan empat mata antara Sultan Ibrahim dan Raja Abdullah II di Dewan Seri Negara.

Menurut Istana Diraja Hashemite, Darjah Kebesaran Al Hussein Ibn Ali dianugerahkan kepada raja, putera dan ketua negara sebagai pengiktirafan terhadap kedudukan mereka.

Darjah kebesaran itu merupakan antara anugerah diraja Jordan yang dikurniakan kepada tokoh terkemuka antarabangsa serta individu yang diiktiraf atas pencapaian dan sumbangan mereka.

Raja Abdullah II kini dalam rangka lawatan negara selama dua hari ke Malaysia yang bermula semalam, atas jemputan Sultan Ibrahim. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved