Sultan Ibrahim terima menghadap PM

Politics
9 Nov 2022 • 4:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di kediaman baginda di sini hari ini.

Turut berangkat ke sesi menghadap itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, sesi mengadap itu diadakan bersempena lawatan Perdana Menteri ke Johor hari ini.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.

Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, Ayer Hitam.-Bernama