Sultan Johor Ingatkan Penjawat Awam Hidup Ikut Kemampuan, Elak Terbabit Rasuah

16 Oct 2023 • 2:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan penjawat awam di negeri ini dari peringkat bawahan hingga ke atasan supaya hidup dalam kadar kemampuan sendiri.

Menerusi satu kenyataan Royal Press Office (RPO) semalam, Sultan Ibrahim bertitah peringatan itu adalah untuk mengelakkan penjawat awam di negeri ini terbabit dalam rasuah.

Sultan Johor ingatkan penjawat awam

image is not available

“Semua penjawat awam hendaklah mengisytiharkan harta setiap tahun kerana ini adalah salah satu cara untuk mencegah pemilikan harta luar biasa.
“Pada masa sama, kerajaan juga boleh mengkaji gaji segelintir kakitangan awam yang terlalu rendah kerana ini juga boleh menjadi faktor tekanan hidup, terutama di bandar-bandar besat,” titah baginda.

Selain itu, Sultan Johor juga bertitah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut membangkitkan perkara sama dimana PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang terlibat dengan salah guna kuasa atau rasuah.

image is not available

Selain itu, baginda juga bertitah penjawat awam di negeri ini perlu sentiasa menerapkan integriti tinggi sekali gus mampu meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap mereka.

“Penjawat awam perlu hidup dalam kemampuan sendiri dan perlu ingat mana-mana penjawat awam yang hidup mewah hasil daripada rasuah tidak akan terlepas siasatan pihak berkuasa.

image is not available

“Anda semua diperhatikan. Sudah semestinya, mana-mana penjawat awam yang menjalani gaya hidup mewah melebihi taraf kehidupan yang munasabah menimbulkan tanda tanya,” titah Sultan Ibrahim.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar