Sultan Johor terima kunjungan dua menteri Singapura sempena Aidilfitri

LocalPolitics
22 Apr 2023 • 6:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (gambar) dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini berkenan menerima kunjungan dua Menteri Singapura bersempena sambutan Aidilftri di Istana Bukit Serene di sini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi baginda hari ini, mereka ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura Grace Fu dan Menteri Tenaga Manusia serta Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri Singapura Dr Tan See Leng.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Berangkat sama Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah serta anakanda baginda yang lain iaitu Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Hadir sama Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru Jeevan Singh dan isteri.

Tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari bersama baginda berdua dan keluarga Diraja Johor. - Bernama