Sultan Johor terima menghadap Perdana Menteri

Politics
20 Apr 2023 • 9:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada pertemuan itu, Anwar yang juga Perdana Menteri ke-10, turut menyembah maklum perkembangan pembangunan negara dan juga negeri Johor.

Hantaran itu memaklumkan Sultan Johor turut berkenan memandu sendiri kenderaan untuk menghantar Anwar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. - Bernama