Sultan Johor terima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia

Politics
2 Jun 2023 • 5:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Dari kiri Tunku Ismail, Sultan Ibrahim dan Prabowo Subianto merakam kenangan selepas melakukan pertemuan di Istana Bukit Serene pada Jumaat.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto di Istana Bukit Serene di sini pada Jumaat.

Berangkat sama ke pertemuan tersebut, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam pertemuan yang berlangsung lebih satu jam, Sultan Ibrahim turut berkenan meraikan tetamu Baginda dalam satu majlis santapan tengah hari.

Prabowo juga merupakan sahabat karib Sultan Ibrahim yang dikenali lebih 40 tahun lalu, sejak zaman latihan ketenteraan di Fort Bragg dan Fort Benning, Amerika Syarikat pada 1980-an.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved