Sultan Johor terima menghadap Anthony Loke

LocalPolitics
16 Dec 2022 • 6:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.

“Yang Berhormat Anthony Loke, kembali dipilih sebagai Menteri Pengangkutan di bawah Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tetamu kehormat turut diraikan dalam satu majlis santapan pagi bersama DYMM Sultan Johor,“ menurut hantaran itu.

Loke, 45, ialah Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Agung DAP. - Bernama