Johor Umum Isnin Depan Cuti Tambahan Sempena Aidilfitri

20 Apr 2023 • 9:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Onn Hafiz Ghazi - Gambar oleh Syeda Imran

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan Isnin depan (24 April) sebagai tambahan cuti buat rakyat di negeri itu sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau, tambahan hari kelepasan am itu diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Atas perkenan Sultan Ibrahim, sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Johor bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 24 April 2023 (Isnin), sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan.

“Perkara itu selaras dengan Seksyen 8 dan 9, Aka Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari kelepasan am sempena Aidilfitri pada 21 April 2023 (Jumaat) atau 24 April 2023 (Isnin), bergantung kepada pengumuman tarikh 1 Syawal oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. 

Sementara itu, Onn Hafiz turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam di negara ini.

“Berhati-hati di jalan raya, dan semoga selamat pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya. – Getaran, 20 April 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved