Sultan Kedah kurnia watikah tauliah 12 pegawai daerah

8 Jan 2023 • 4:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Sallehuddin berkenan bergambar bersama 12 pegawai daerah selepas menerima watikah tauliah di Istana Anak Bukit pada Ahad.

image is not available
Sultan Sallehuddin berkenan mengurniakan watikah tauliah kepada 12 pegawai daerah di seluruh negeri Kedah.

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenankan Watikah Tauliah Pegawai Daerah Negeri Kedah kepada 12 orang pegawai daerah di negeri ini pada pagi Ahad.

Penerima watikah tauliah tersebut adalah Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdullah Hashim; Pegawai Daerah Kulim, Datuk Abdul Bari Abdullah; Pegawai Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim; Pegawai Daerah Pokok Sena, Ahmad Bawadir Abdul Ghani dan Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya.

Turut menerima tauliah adalah Pegawai Daerah Padang Terap, Azmin Zainol Abidin; Pegawai Daerah Kuala Muda, Ilias Shuib; Pegawai Daerah Sik, Mahamad Shuhaimi Man; Pegawai Daerah Bandar Baharu, Datuk Elmi Yusoff; Pegawai Daerah Pendang, Nasrun Datuk Mohd Sheriff dan Pegawai Daerah Yan, Mohamad Subhi Abdullah.

**media[2049899]**

Sultan Sallehuddin berkenan mengurniakan watikah dalam majlis pentauliahan yang diadakan di Istana Anak Bukit dekat sini.

Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved