Sultan Pahang berangkat ke Istiadat Persandingan Tengku Puteri Ilyani, pasangan

9 Aug 2026 • 3:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sultan Pahang berangkat ke Istiadat Persandingan Tengku Puteri Ilyani, pasangan

PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Istiadat Pernikahan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Ilyana Alia bersama pasangannya, Christopher Lionel Froggatt yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Turut berangkat mengiringi Paduka Baginda ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bersama paduka kekanda dan adinda serta kerabat bergelar.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri, Datin Seri Burhah Mohammed serta wakil Presiden UAE, Shaikh Mohammed Hamad Tahnoon Al Nahyan.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran Facebook mememaklumkan, pada majlis berkenaan, pasangan Pengantin Diraja dibawa masuk ke pelamin sebelum Istiadat Menyuap Nasi Semangat dizahirkan oleh Tengku Puteri Seri Lela Wangsa, Tengku Tan Sri Meriam Sultan Ahmad Shah.

“Pasangan Pengantin Diraja kemudiannya kekal di pelamin untuk meneruskan Istiadat Bersanding dan Merenjis yang dizahirkan oleh Paduka Baginda Sultan Pahang dan kemudiannya diikuti ahli keluarga.

“Paduka Baginda kemudiannya berkenan menyempurnakan Istiadat Meletakkan Panca Bicara kepada pasangan Pengantin Diraja sebagai tanda merestui dan meraikan pasangan pengantin sebelum istiadat diberkati dengan bacaan doa oleh Mufti Negeri Pahang, Profesor Datuk Dr. Asmadi Mohamed Naim,” menurut hantaran tersebut.

Istiadat diakhiri dengan sesi bergambar bersama keluarga Diraja dan tetamu kehormat sebelum Paduka Baginda Sultan Pahang berangkat meninggalkan majlis. – KOSMO! ONLINE

The post Sultan Pahang berangkat ke Istiadat Persandingan Tengku Puteri Ilyani, pasangan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved