Sultan Pahang sebak umum anakanda bakal berkahwin, TMP ganti bacakan titah

LocalFamily & Parenting
21 Aug 2024 • 11:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Sultan Pahang sebak umum akanda bakal berkahwin dalam minggu ini sehingga tidak dapat meneruskan titah dan diganti seketika oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Menerusi video yang dikongsi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di TikTok, dapat dilihat baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah begitu sebak memaklumkan tentang perkahwinan diraja melibatkan anakanda baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama FD Idzham.

@cmspahang

berat ayah hendak melepaskan puteri kesayangan …

♬ original sound – Tengku Ampuan Pahang – Tengku Ampuan Pahang

Sultan Pahang sebak Puteri Afzan bakal berkahwin

Menerusi kapsyen tersebut, Tengku Ampuan Pahang telah menyertakan kapsyen menyatakan bertapa berat seorang bapa hendak melepaskan puteri kesayangan walaupun tetap berbahagia dengan hal berkenaan.

“Berat ayah hendak melepaskan puteri kesayangan …” tulisnya.

Sultan Pahang sebak, Tengku Hassanal bantu habiskan titah

Baginda yang begitu sebak dilihat beberapa kali mengesat air mata sebelum Tengku Hassanal meneruskan titah tersebut bagi memberi laluan ayahandanya menenangkan diri.

Ramai faham perasaan seorang bapa

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila masing-masing memahami perasaan sorang bapa apabila bakal melihat puteri tersayang disunting oleh jejaka pilihan yang bergelar suami.

Dalam pada masa yang sama, mereka juga terhibur melihat Sultan Pahang mengusik Tengku Mahkota Pahang supaya orang ramai dapat mendoakan baginda mengikuti jejak adindanya yang akan berumah tangga.

image is not available

Sayu je lihat baginda kesat air mata

image is not available

Baginda seorang bapa yang sangat menyayangi anak2 dan isteri

image is not available

Baru nak hiba tergelak dengan baginda usik TMP

image is not available

 

Sekadar info, majlis perkahwinan diraja antara Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama FD Idzham bin FD Iskandar akan berlangsung pada 22 Ogos hingga 25 Ogos 2024 ini.