Sultan Pahang tangguh perjalanan bantu mangsa kemalangan di Temerloh

23 Jan 2026 • 10:24 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Al-Sultan Abdullah berkenan turun dari kenderaan untuk melihat serta bertanya sendiri situasi mangsa. Foto Facebook Kesultanan Pahang
image is not available
Baginda menitahkan kereta polis pengiring membawa mangsa ke Hospital Temerloh dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Foto Facebook Kesultanan Pahang

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi memperlihatkan keprihatinan tinggi apabila baginda menangguhkan sebentar perjalanan bagi membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh pada Jumaat.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Al-Sultan Abdullah ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

**media[3411262]**

Semasa tiba di lokasi kejadian, baginda melihat kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta.

"Bimbang dengan kecederaan yang dialami penunggang motosikal terbabit menyebabkan baginda menitahkan agar kereta polis pengiring membawa mangsa ke Hospital Temerloh dengan segera untuk mendapatkan rawatan,” menurut hantaran itu.

Sultan Pahang turut berkenan turun dari kenderaan untuk melihat serta bertanya sendiri situasi mangsa dan sebuah lagi kereta terlibat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved