Sultan Pahang titah masjid, surau laksana solat hajat untuk keadilan Zara Qairina

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 11:31 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri mengadakan solat hajat khas bagi memohon keadilan buat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13.

Titah laksana solat hajat

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook pada Ahad, solat hajat itu bertujuan memohon kepada Allah SWT agar segala urusan berkaitan proses keadilan dipermudahkan dan kebenaran dapat ditegakkan.

image is not available

Foto: FB Kesultanan Pahang

Malah, baginda turut mendoakan agar ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian.

image is not available

Foto hiasan: FB Kesultanan Pahang

Sabtu lalu, kubur pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah itu digali semula sebelum jenazahnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Sabah untuk bedah siasat.

Kemudian, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan semula di tanah perkuburan sama iaitu Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang jam 1.15 pagi tadi.

Terdahulu, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya.

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang