Sultan Pahang Titah Solat Hajat Seluruh Negeri, Doa Untuk Arwah Zara Qairina

LocalPolitics
11 Aug 2025 • 3:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia zara Qairina

Kisah pemergian tragis Allahyarhamah Zara Qairina yang dipercayai meninggal dunia akibat dibuli di sebuah sekolah asrama di Sabah, bukan sahaja mengundang rasa pilu rakyat, malah turut menyentuh hati Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah agar semua masjid dan surau di Pahang mengadakan solat hajat, memohon agar Allah SWT mempermudah proses mencari keadilan buat arwah.

Doa untuk keluarga Zara Qairina

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang, baginda turut mendoakan agar keluarga arwah dikurniakan kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan berat ini.

Paduka Baginda turut menyampaikan doa agar ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

Tragedi yang menyayat hati

image is not available

Kes Zara Qairina menjadi perhatian seluruh negara apabila kuburnya terpaksa digali semula pada Sabtu lalu bagi menjalani proses postmortem untuk mendapatkan kebenaran sebenar punca kematiannya.

Pssttt! Keadilan adalah hak setiap insan. Jangan sesekali berdiam diri jika melihat ketidakadilan, kerana suara kita mampu mengubah nasib seseorang.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.