Sultan Perak perkenan belia diberi penghormatan baca khutbah di Perak esok

LocalPolitics
7 May 2026 • 12:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan memberi penghormatan kepada golongan belia untuk membaca khutbah Jumaat di masjid seluruh negeri esok sempena sambutan Hari Belia Negara yang diraikan pada 15 Mei ini.

Beri belia baca khutbah

Image from: Sultan Perak perkenan belia diberi penghormatan baca khutbah di Perak esok

Memetik laporan Bernama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, titah berkenaan mencerminkan penghargaan dan pengiktirafan baginda terhadap peranan besar belia dalam pembangunan negara.

Menurut beliau, Sultan Nazrin turut menitahkan agar khutbah Jumaat di seluruh Perak esok membawa tema berkaitan belia dengan tajuk “Belia: Tenaga Penggerak Kemajuan Negara”.

Image from: Sultan Perak perkenan belia diberi penghormatan baca khutbah di Perak esok

“Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengemukakan 94 nama pemimpin belia yang telah diperkenankan oleh Sultan Perak untuk membaca khutbah di masjid dan surau diri Jumaat negeri Perak pada 8 Mei 2026,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Artikel lain: Sultan Nazrin tegur Melayu Islam -“Berlumba-lumba dedah kelemahan sesama sendiri”

Antara pemimpin belia yang terlibat membaca khutbah Jumaat itu ialah wakil daripada Angkatan Belia Islam Malaysia, Majlis Belia Daerah, Kelab Rakan Muda serta beberapa kelab belia lain.

Sumber: Bernama