Sultan, Permaisuri Selangor zahir ucapan selamat menyambut Deepavali

LocalPolitics
7 Nov 2026 • 8:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sultan, Permaisuri Selangor zahir ucapan selamat menyambut Deepavali

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu, khususnya di Selangor.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menzahirkan harapan agar sambutan perayaan terus menjadi wadah untuk memperkukuh perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Semangat saling menghormati, kunjung-mengunjung dan berkongsi kegembiraan hendaklah terus disuburkan demi mempererat ikatan persaudaraan sesama rakyat,” menurut hantaran berkenaan.

Sultan Sharafuddin bertitah, persefahaman dan toleransi yang teguh seperti yang dipamerkan semasa sambutan pelbagai musim perayaan di dalam negara adalah perisai penting untuk menangkis pengaruh luar, khususnya di media sosial yang cuba menyemai kebencian, mencetuskan perpecahan serta mengganggu-gugat keamanan negara.

“Semoga sambutan Deepavali ini membawa kebahagiaan dan kesejahteraan, serta memperkukuh tekad seluruh rakyat untuk bersama-sama memelihara keharmonian Malaysia,” menurut hantaran itu. – BERNAMA

The post Sultan, Permaisuri Selangor zahir ucapan selamat menyambut Deepavali appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved