Penulis ‘Ph.D Dari Penjara’ terima tajaan umrah Sultan Selangor

7 Nov 2026 • 6:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penulis ‘Ph.D Dari Penjara’ terima tajaan umrah Sultan Selangor

PETALING JAYA: Penulis buku Ph.D Dari Penjara, Dr. Malik Yatam berpeluang menunaikan umrah di Tanah Suci menerusi tajaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berlepas ke Tanah Suci pada 1 November lalu menerusi Pakej Nilam Tabung Haji Travel dan dijadualkan kembali ke tanah air pada 12 November ini.

Malik mencipta sejarah sebagai banduan pertama di Malaysia memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) ketika masih menjalani hukuman penjara.

Kisah perjalanan hidupnya dirakamkan menerusi buku Ph.D Dari Penjara yang menceritakan pengalaman sebelum, semasa dan selepas menjalani hukuman, selain mengetengahkan keazaman, ketabahan serta kepentingan ilmu dalam mengubah kehidupan.

Tabung Haji Travel menerusi satu hantaran di media sosial memaklumkan pihaknya berbesar hati mengiringi perjalanan umrah Malik sebagai tetamu Allah.

“Semoga perjalanan ibadah beliau dipermudah dan dikurniakan umrah yang mabrur,” kata hantaran itu. – UTUSAN

The post Penulis ‘Ph.D Dari Penjara’ terima tajaan umrah Sultan Selangor appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved