Sultan, Permaisuri seru pupuk toleransi, perkukuh keharmonian rakyat berbilang bangsa

25 Dec 2024 • 9:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 25 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian di seluruh negara.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berharap perayaan itu dapat memupuk rasa hormat menghormati dan toleransi sesama masyarakat sekali gus memperkukuh keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

“Di kesempatan ini juga, Baginda ingin berpesan dan mengingatkan pengguna jalanraya serta lebuhraya agar memandu dengan cermat dan berhati-hati bagi mengelakkan kecuaian khususnya di musim perayaan ini.

“Baginda berdua mendoakan agar semua selamat sampai ke destinasi yang dituju,” menurut ucapan di Facebook Selangor Royal Office.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved