Sultan rasmi masjid, berbuka puasa dengan rakyat di Kuala Langat

3 Apr 2023 • 9:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LANGAT, 3 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat Kuala Langat di Masjid Ar-Rahmah, RTB Bukit Changgang di sini hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sultan Sharafuddin turut berkenan merasmikan Masjid Ar-Rahmah yang mula beroperasi pada 5 Disember 2020 dengan kapasiti 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

image is not available
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah berkenan menghadiri majlis iftar bersama rakyat di Masjid Ar-Rahmah (RTB) Bukit Changgang, Kuala Langat pada 3 April 2023. Foto REMY ARIFIN/ SELANGORKINI

Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih bersama asnaf dan rakyat Kuala Langat di masjid berkenaan.

Majlis itu turut dihadiri Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved