Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Anwar

6 Dec 2022 • 10:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 6 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Beberapa keping gambar pertemuan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan perdana menteri dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office, malam ini.

Sebelum ini perdana menteri telah menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 November lepas.

image is not available
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 6 Disember 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office