Sultan Selangor berkenan terima menghadap tokoh kraf negara

15 Jun 2023 • 10:22 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 15 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap tokoh kraf ukiran halus di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam.

Royal Selangor Office memaklumkan Norhaiza Noordin merupakan pengukir kayu tradisional terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa dan pernah menerima Anugerah Tokoh Kraf Negara pada 2022.

“DYMM Tuanku Sultan tertarik dengan hasil-hasil kerja ukiran kayu beliau, khususnya pada bahagian hulu keris,” maklumnya di Facebook.

Antara karya terulung Norhaiza ialah ukiran hiasan dalaman Dewan Pusat Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved