Sultan Selangor, permaisuri berangkat tunai haji minggu depan

16 Jun 2023 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Sharafuddin bersama Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir berangkat ke majlis doa selamat sempena keberangkatan baginda ke tanah suci minggu depan.

image is not available
Sultan Sharafuddin menghadiri majlis doa selamat sempena keberangkatan baginda ke tanah suci minggu depan.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dijadual berangkat menunaikan ibadah haji minggu depan.

Menerusi Facebook Selangor Royal Office, satu majlis doa selamat sempena keberangkatan baginda berdua ke tanah suci telah diadakan pada Khamis.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut berangkat ke majlis berkenaan.

Majlis yang diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.