Sultan Selangor sokong inisiatif SPRM perkukuh budaya integriti, akauntabiliti

LocalPolitics
5 Mar 2026 • 5:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Sharafuddin (kanan) berkenan menerima menghadap Mohd Azwan (dua dari kanan) dan Khairul Izwan di Istana Kayangan, Shah Alam pada Khamis. Foto ihsan FB SPRM Negeri Selangor

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan sokongan terhadap inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memperkukuh budaya integriti dan akauntabiliti di negeri itu.

SPRM memaklumkan Sultan Selangor bertitah demikian ketika menerima menghadap Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli di Istana Bukit Kayangan di sini pada Khamis.

Baginda menerima sembah taklimat mengenai perkembangan semasa berkaitan usaha pencegahan rasuah dan memperkukuh kerjasama institusi dalam meningkatkan integriti pentadbiran negeri.

"Dalam majlis menghadap itu, beberapa isu lokaliti di Selangor turut dibincangkan termasuk cabaran tadbir urus, pemantapan sistem governan serta usaha meningkatkan ketelusan dalam perkhidmatan awam.

"Majlis menghadap ini juga mencerminkan komitmen berterusan SPRM ke arah memastikan pentadbiran negeri yang telus, berintegriti dan bebas daripada rasuah demi kesejahteraan rakyat,” menurut kenyataan SPRM itu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Selangor, Khairul Izwan Karim. - Bernama