Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berkenan menaiki ETS

16 Jan 2023 • 9:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sultan Sharafuddin (tengah) dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat ke kokpit ETS.

image is not available
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasai sendiri pengalaman menaiki ETS koc kelas perniagaan.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menaiki kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Baginda berdua dilaporkan turut berkenan merasai sendiri pengalaman menaiki koc kelas perniagaan ditawarkan perkhidmatan tren berkenaan dari Stesen Kuala Lumpur Sentral menuju ke Stesen Butterworth, Pulau Pinang.

"Sepanjang perjalanan lebih empat jam itu, baginda juga dibawa ke kokpit pemandu dan diberi taklimat ringkas serta berpeluang menikmati pemandangan menarik di landasan yang merentangi Tasik Bukit Merah, Perak," kata satu kenyataan dikeluarkan Selangor Royal Office di laman Facebooknya pada Isnin.

**media[2059863]**

Beberapa keping gambar Sultan Selangor dan Permaisuri Selangor sepanjang perjalanan menaiki ETS KTMB berkenaan turut dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office.