Sultan Selangor Tidak Setuju Garis Panduan Menghadiri Perayaan Bukan Islam

Entertainment
9 Feb 2025 • 12:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cadangan mewujdukan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam yang mendapat perhatian ramai, termasuk kepimpinan tertinggi negara.

Terkini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas tidak bersetuju dengan cadangan tersebut khususnya di negeri itu.

Memetik laporan Astro Awani, satu hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Selangor mengingatkan bahawa sebagai sebuah negara majmuk dengan pelbagai agama dan bangsa, toleransi seharusnya tidak dikompromi.

image is not available

Baginda berpandangan cadangan garis panduan itu dibuat pada waktu yang tidak tepat dimana rakyat ketika ini sedang mengeratkan amalam muhibah demi memperkukuhkan perpaduan antara kaum dan agama.

Baginda juga bertitah polemik yang tercetus itu secara tidak langsung telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan berkemungkinan akan menjejaskan keharmonian yang telah sedia terjalin.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.