Sultan Sulu Masih Mahu Tuntut Sabah, Kerajaan Guna Segala Kuasa Hentikan Tuntutan

1 Mar 2023 • 9:29 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi dengan kedaulatan dan keselamatan negara

Sultan Sulu Masih Mahu Tuntut Sabah, Kerajaan Guna Segala Kuasa Hentikan Tuntutan. Dilaporkan kerajaan Malaysia akan mengambil semua langkah yang perlu untuk menghentikan percubaan berterusan kesultanan Sulu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan negara.

image is not available
Sultan Sulu Masih Mahu Tuntut Sabah, Kerajaan Guna Segala Kuasa Hentikan Tuntutan

Kumpulan yang mendakwa diri keturunan Sulu dianugerahkan pampasan kontroversial baru-baru ini

Menurut laporan, beliau menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti untuk melindungi dan memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa.

Ini berikutan percubaan berterusan mereka yang mendakwa sendiri keturunan Sulu untuk merampas hartanah Malaysia berikutan pampasan kontroversial AS$14bil (RM63bil) untuk Sabah oleh penimbang tara Gonzalez Stampa.

Stampa, yang dihalang oleh mahkamah Sepanyol daripada mendengar kes itu, bagaimanapun, memindahkan timbangtara ke Paris untuk membuat keputusan di Paris.

Namun, Malaysia telah berjaya mendapatkan perintah penangguhan mengenai anugerah kontroversi Stampa daripada mahkamah Perancis sementara menunggu perbicaraan pada Jun tahun ini.

image is not available
Kredit: The Sun

Walau bagaimanapun, peguam bagi kumpulan Sulu telah menggunakan arahan Stampa untuk cuba merampas dua syarikat PETRONAS iaitu Petronas Azerbaijan dan Petronas South Caucus. Percubaan pertama dihentikan dan percubaan kedua dibuat baru-baru ini.

Baru-baru ini pula, percubaan juga dilakukan di Belanda.

image is not available

Menghadiri taklimat untuk membincangkan perkara tersebut

Azalina, yang telah menghadiri pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan pegawai kerajaan negeri mengenai perkara itu, menyatakan taklimat yang diberinya juga bertujuan untuk mengumpul pandangan daripada rakyat Sabah yang terjejas secara langsung dengan tuntutan terbabit.

Kerajaan komited terhadap hal ehwal rakyat Sabah dan akan bekerja keras untuk memastikan keamanan, kemakmuran dan keselamatan Sabah sentiasa terjamin,”

katanya.

Beliau turut diiringi pegawai kerajaan persekutuan dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan wakil Sekretariat Khas iaitu Datuk Dr Sundra Rajoo dan Datuk Feroz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Beliau berkata sesi taklimat itu sama seperti yang diberikan kepada ahli parlimen dari blok kerajaan dan Pembangkang pada Selasa (28 Feb) untuk menjelaskan isu yang berhubung dengan tuntutan Sulu.

Mereka juga diberi taklimat mengenai latar belakang tuntutan dan tindakan Malaysia yang diambil di mahkamah di empat bidang kuasa – Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda.

Lagi di sini: