Sultanah Terengganu zahir takziah kepada keluarga pelajar maut kemalangan

6 Jan 2026 • 10:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah zahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar UniSZA yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli.

Pelajar berusia 25 tahun itu maut dalam satu kemalangan jalan raya di sini semalam.

Ucapan dukacita baginda disampaikan melalui Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Fadzli Adam.

Fadzli berkata Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA turut menzahirkan perasaan sedih yang amat mendalam.

“Tuanku berharap keluarga Allahyarham dapat bersabar jua di dalam ketika sedih ini serta baginda berdoa ke hadrat Allah SWT agar roh Allahyarham dihimpunkan bersama ahli Jannah,” katanya.

Dalam kejadian jam 1.55 petang semalam, Syakirah Hanan yang memandu Perodua Viva dari arah UniSZA dirempuh sebuah Honda Jazz.

Kemalangan itu berlaku di persimpangan lampu isyarat JPJ, Jalan Kemajuan.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.