“Sumbang Bunyinya!”- Penonton Tak Tahan Gelak Bila Gitaris Busker Main Belasah Chord Lagu

Entertainment
23 Mar 2024 • 4:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak anda mendengarkan petikan gitar sumbang dari mereka yang bermain busker ketika sedang makan? Kebiasannya anda akan dihiburkan dengan nyanyian lunak dan merdu dari busker dan juga iringan musik.

Bagaimanapun, berbeza dengan di Indonesia ini, pemain busker di sana menghiburkan penonton dengan gitaris yang suka membuatkan lagu jadi sumbang!

Tular video berkenaan apabila penonton tidak tahan menahan ketawa apabila ketika bunyi petikan gitarnya ternyata sumbang dan lari dari melodi lagu.

Namun, persembahan mereka masih lagi disukai oleh penonton yang berada dikawasan berkenaan sehingga memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen terhibur dengan kejadian itu malah ada yang berkunjung semata-mata untuk mendengar petikan sumbang dari gitaris tersebut! Cayalah, tiba-tiba jadi tarikan awam!

Lain macam betul negara jiran kita, ada sahaja kelainan yang mereka buat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article