Sumbang Mahram Terhadap Anak Bawah Umur, Lelaki Warga Asing Dipenjara 42 Tahun Di Kuching

28 Feb 2023 • 9:29 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tertuduh dipenjara 42 tahun dan dikenakan 18 sebatan.

Sumbang Mahram Terhadap Anak Bawah Umur, Lelaki Warga Asing Dipenjara 42 Tahun Di Kuching. Harapkan pegar, pegar makan padi, seorang bapa sepatutnya menjaga dan melindungi anak bukan disebaliknya.

Dilaporkan di Kuching, seorang lelaki warga Algeria telah dijatuhkan hukuman 42 tahun serta 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam kerana melakukan sumbang mahram serta serangan seksual terhadap anak perempuannya yang kini berusia 15 tahun.

image is not available
Sumbang Mahram Terhadap Anak Bawah Umur, Lelaki Warga Asing Dipenjara 42 Tahun Di Kuching. Sumber foto: The Borneo Post

Tertuduh melakukan sumbang mahram dan serangan seksual terhadap anak perempuannya

Hakim Dayang Ellyn Narisan Abang Ahmad menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 51 tahun itu setelah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh didakwa atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan, dan dihukum penjara 10 tahun dan lima sebatan bagi setiap pertuduhan.

Dia juga didakwa atas satu pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta tiga sebatan.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Hukuman penjara dijalankan berturut-turut

Hakim memerintahkan hukuman penjara tertuduh berjalan berturut-turut, dan tertuduh perlu menjalani sesi kaunseling semasa di penjara, serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan.

Tertuduh melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya pada 2012 ketika mangsa hanya berusia lima tahun dan melakukannya lagi pada 2012 dan 2019. Tertuduh juga telah melakukan serangan fizikal terhadap mangsa pada Mac 2020.

Semua kesalahan tersebut berlaku di sebuah kampung di Kuching. Tertuduh yang merupakan jurulatih gimnasium telah menetap di sini sejak berkahwin dengan wanita warga tempatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Lagi berita terkini buat anda di sini: