Sumbangan Martabatkan Kebebasan Media Dihargai, PM Terima KPM Emas

28 May 2023 • 4:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar Ibrahim (tengah) menerima Kad Perakuan Media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Hotel Casuarina hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi Kad Perakuan Media (KPM) sebagai menghargai sumbangan beliau dalam memartabatkan kebebasan media tempatan.

Kad berkenaan disampaikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sempena Hari Wartawan Nasional 2023 atau HAWANA di Ipoh, Perak hari ini.

Jurucakap Jabatan Penerangan berkata, kad milik Perdana Menteri itu berada di bawah kategori Emas (Gold).

“Majlis penyerahan diadakan di reruai Jabatan Penerangan di Hotel Casuarina@Meru dan turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching,” katanya.

“Kad Perakuan Media (KPM) Jabatan Penerangan Malaysia merupakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan kepada pengamal media daripada agensi dan syarikat media berdaftar.

Ia perlu diperakukan oleh kerajaan secara rasmi melalui Jabatan Penerangan Malaysia untuk sesuatu tempoh yang ditetapkan. 

Terdapat lima kategori warna KPM yang dikeluarkan iaitu hijau mewakili media rasmi kerajaan, biru untuk media tempatan (cetak dan elektronik), kelabu (media digital), merah (media antarabangsa) dan emas kepada pegawai penyelaras media. 

Purata tahunan pengeluaran bagi permohonan  baharu dan memperbaharui KPM oleh pengamal media di Malaysia adalah sebanyak 3,000 keping setahun. - Getaran, 28 Mei 2023