Sumbangan Ramadan untuk 700 KIR di Tanjung Aru

2 Apr 2024 • 2:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Lebih 700 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Aru menerima sumbangan dalam Program Kembara Kasih sempena Ramadan yang diadakan di sini, Ahad.

Sumbangan untuk golongan asnaf itu disalurkan Qhazanah Sabah Berhad dan Qhazanah Technologies Sdn Bhd, termasuk sumbangan peribadi Pengerusi Qhazanah Technologies, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

Awang Ahmad yang juga Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Tanjung Aru berkata, program itu adalah acara tahunan pihaknya sejak beliau terpilih sebagai Adun Petagas.

Katanya, terdapat empat kawasan terlibat dalam pengagihan sumbangan berkenaan iaitu Zon Tanjung Aru, Sembulan, Sempelang dan terakhir di zon Pulau Gaya yang akan diadakan paa Khamis depan.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Ini adalah program tahunan yang bertujuan meringankan beban serta memberi sedikit kegembiraan kepada golongan ini dalam menyambut Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kembara Kasih Ramadan bagi Dun Tanjung Aru akan berakhir di zon Pulau Gaya dan dijangka akan dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Khamis depan,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Penganjur Pg Mohd Shahif Pg Tinggal merangkap Pegawai Khas Adun Petagas dan Ketua Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Petagas, Bibianah Mustafa.

Awang Ahmad yang juga Adun Petagas berkata, program sama telah dilaksanakan di peringkat Dun Petagas pada awal Ramadan, baru-baru ini melibatkan kira-kira 1,200 penerima.

Menurutnya, terdapat lima zon bagi agihan sumbangan untuk Dun Petagas melibatkan bantuan kepada golongan kurang bernasib,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.