
RANAU: Seramai 60 warga emas yang menganggotai Persatuan Hakka di sini menerima sumbangan wang tunai daripada Persatuan Hakka Daerah pada majlis sambutan Hari Warga Emas pada Ahad.
Turut diadakan semasa majlis itu ialah penyampaian sijil kecemerlangan kepada anak-anak ahli persatuan di dewan bangunan Sui Fatt Tong Persatuan Hakka.
Segala sumbangan dan sijil cemerlang disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Adun Paginatan, Datuk Abidin Madingkir disaksikan oleh tetamu dan ratusan Ahli Persatuan.
Abidin yang juga Penasihat Undang-undang Dewan Perniagaan Cina Ranau dan Persatuan Hakka daerah memuji persatuan itu kerana prihatin menjaga warga emas sebagai mengenang jasa dan pengorbanan mereka dalam aspek penjagaan, pendidikan dan pembesaran kanak-kanak agar mereka cemerlang dalam kehidupan dan menjadi insan berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Menurutnya, kejayaan persatuan menganjurkan majlis seumpama itu adalah sesuatu yang positif dan perlu diteruskan sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan kepada warga emas serta motivasi kepada pelajar untuk berusaha lebih gigih pada masa hadapan.
Tambahnya, warga emas masih banyak yang perlu disumbangkan kepada masyarakat, walaupun usia mereka sudah lanjut, kerana pengalaman berharga mereka dalam hidup yang boleh memberi pengajaran yang tidak ternilai kepada generasi muda.
“Jadi jagalah ibu bapa, ibu saudara atau datuk nenek kita yang sudah tua. Ingatlah jasa dan pengorbanan mereka untuk membesarkan dan mendidik untuk menjadi seperti kita hari ini.
“Peliharalah mereka dalam keselesaan rumah kita pada hari tua mereka. Beri mereka keselamatan dan jaminan dengan penuh kasih sayang dan perhatian. Janganlah kita terpaksa menghantar ibu bapa kita ke rumah orang tua,” katanya.
Abidin meluluskan sumbangan berjumlah RM20,000 yang disalurkan kepada Persatuan Hakka Ranau (RM10,000) dan Dewan Perniagaan Cina Ranau (RM10,000).
Beliau turut menyeru rakyat di sini supaya meneruskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang merupakan parti tempatan Sabah yang berada di landasan betul dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



