“Kalau tak boleh jaga, bincang…” – Anak Tinggalkan Bapa Depan Rumah Orang Tua Sebatang Kara

Entertainment
18 Mar 2024 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjaga ibu bapa ini merupakan salah satu tanggungjawab kita sebagai anak, meskipun ianya boleh menjadi sesuatu yang sangat mencabar, namun keberkatan serta ganjarannya amat tinggi.

Pun begitu, baru-baru ini satu insiden berlaku dan sangat menyayat hati di mana seorang warga emas ditinggalkan begitu sahaja di hadapan Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, Taman Tas, Kuantan, Pahang.

image is not available

Menurut laporan Astro AWANI, pengurus rumah kebajikan tersebut, Mohamad Fauzi Ramli, menyedari kehadiran lelaki berusia 72 tahun itu berada di hadapan pintu pagar premis terbabit, sebaik tiba di premis berkenaan. Lebih menyedihkan, warga emas itu merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Fauzi berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku, sebaliknya individu tersebut sepatutnya berjumpa dengan pengurus rumah kebajikan untuk perbincangan.

“Kalau tidak boleh jaga, datang berbincang elok-elok, jangan tinggal seperti ini. Rasa terkilan itu ada sebab perbuatan individu itu saya sifatnya tidak bertanggungjawab dan tiada adab,” katanya.

Selain itu, Fauzi turut berkongsi apabila ditanya mengenai asal usul, warga emas itu memaklumkan tidak tahu tinggal di mana, namun berasal dari Pahang.

Allahu, semoga anaknya terbuka hati untuk ambilnya semula…

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.