Sumbangan Tunai Rahmah fasa satu dibayar mulai hari ini

29 Jan 2024 • 11:14 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima, bermula hari ini.

Pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Menurut MOF sebelum ini, kerajaan telah menaikan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah, berbanding bayaran maksimum RM300 tahun lepas.

Bagi isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 pula, penerima layak menerima RM100 hingga RM300.

Dalam pada itu, penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang masing-masing akan menerima RM150 dan RM100.

-BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved