Sumpahan hitam si kera..!

24 Jul 2024 • 1:00 PM MYT
Lim Su Yee
Lim Su Yee

Professional freelance writer cum editor with a penchant for Stephen King

image is not available
Sumber: Spooky Appalachia

Setiap agama mahupun Islam, Buddha, Kristian ataupun Hindu pasti mengajar umat-umatnya agar tidak mengianai atau membunuh haiwan kerana mereka semuanya adalah makhluk ciptaan Tuhan. Larangan universal alam ini bukan sahaja ditujukan khasnya kepada haiwan yang tidak berdosa, dan juga haiwan yang tidak mengundang sebarang bahaya terhadap kita. Namun, terdapat sesetengah manusia zalim yang suka membunuh haiwan secara suka-suka dan akhirnya terpaksa menanggung bala dosa mereka buat sepanjang hidup.

Menurut pakcik saya, dia mempunyai seorang kawan karib lelaki berbangsa Cina sekampung yang bernama M. M mempunyai seorang abang yang cacat otak dan perwatakan aneh. Namun begitu, kecacatan yang dialami oleh abang M hanyalah salah satu ujian daripada Yang Maha Berkuasa. Ramai orang di perkampungan Melaka gerun dengan abang M kerana dia suka mengacau dan menakutkan orang. Perlakuan tidak waras abang M akan mencontohi seekor si kera liar yang sedang naik mengamuk. Contohnya, si dia akan meracau dan melompat-lompat di sini sana seperti seorang lelaki yang dirasuk oleh dewa cina monyet ala "tang chi Sun-Wukong". Oleh itu, mereka yang paling takut akan abang M apabila dia sedang naik gila adalah kanak-kanak dan kaum hawa.

Selain daripada berkelakuan seperti seekor monyet buas, abang M juga mempunyai wajah yang persis menyerupai monyet walaupun dia dilahirkan seorang manusia. Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah bahan lawak kerana dia tidak sebulat-bulatnya menyerupai "Chewbacca" dari filem Star Wars, tapi dari sekali imbas orang lain akan melihat seekor monyet di aura wajahnya. Demi menjaga keselamatan orang lain, ahli keluarga abang M terpaksa mengikat si dia dengan tali atau mengurungnya di dalam bilik khas apabila tetamu luar datang melawat.

Sebenarnya, abang M tidak patut menanggung "karma" hitam ini jikalau bukan perbuatan jahat ayahnya yang sendiri. Menurut pakcik saya, ayah abang M mempunyai satu hobi sadis yang paling digemari pada masa lapangnya ketika tidak bekerja. Orang tua itu akan masuk ke dalam hutan belantara atau estet-estet bersama geng-gengnya untuk memburu haiwan liar. Antara haiwan liar yang berjaya diburunya adalah seperti khinzir liar dan rusa. Hasil daging daripada buruanya akan dibawa balik kepada isteri untuk dimasak gulai khinzir atau rusa yang terasa teramat lazat apabila dimakan sekali dengan nasi putih panas-panas.

Tetapi pada satu hari, orang tua itu telah menembak dengan kejammnya seekor kera liar di atas pokok walaupun dilarang oleh rakan buruananya kerana kera itu tidak berdosa atau memberi sebarang ancaman terhadapnya. Apabila kera itu jatuh tersungkur ke bawah tanah, si haiwan liar itu masih lagi hidup dan meronta-meronta meraung kesakitan. Namun, orang tua kejam itu menghabiskan sisa-sisa hidup si kera itu yang terakhir dengan melepaskan das tembakan kedua tepat di atas kepala kera itu hingga darah merah banyak mengalir keluar dengan mebuak-buak.

Kebarangkalian pada masa itu, isteri orang tua itu sedang hamil dan sarat mengandung di rumah dengan anak lelaki pertamanya. Namun perkara yang luarbiasa atau paling ditakutkan oleh sepasang ibu-bapa baharu akan datang menjadi mimpi ngeri mereka. Apabila bayi itu sudah dilahirkan tidak lama kemudian, ibu-bapa si kecil itu hampir meninggal dunia sakit jantung kerana anak mereka tidak normal dan menyerupai seekor kera. Tiba-tiba, si ayah bayi itu teringat akan kera liar di hutan yang telah dibunuh dengan kejammnya pada berbulan-bulan terdahulu. Dia terfikir sejenak dan menangis teresak-esak kepada isterinya, adakah keadaan cacat anaknya itu satu balasan terhadap tuhan? Namun, segala keinsafan si ayah itu terlewat kerana anaknya kini disumpah menjadi seekor monyet manusia.

Sepanjang zaman remaja hingga ke zaman dewasa si anak cacat monyet itu, berbanyak ikhitar telah digunakan untuk mengubati penyakit monyetnya. Antaranya adalah ibu-bapanya telah membawa lelaki monyet itu ke dukun Cina di tokong terkemuka di Melaka untuk minum air ubat azimat Cina. Bapa kepada lelaki monyet itu juga menyuruh anaknya supaya melutut dan meminta maaf dengan seluruh keikhlasan hatinya di depan patung dewa Raja Monyet Cina. Tetapi, semua daya usahanya tidak berhasil langsung dan disia-siakan sahaja.

Kini, lelaki monyet itu telah meninggal dunia kerana usia tua dengan keadaan yang sangat menyedihkan. Bapanya yang berdosa dan adiknya M juga tidak terkecuali daripada jemputan malaikat maut. Namun, kisah aneh dan menyayat hati ini patut dijadikan teladan kepada semua orang. Bak pepatah Melayu, "Buat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sesekali" kerana haiwan juga mempunyai firasat dan perasaan yang sangat kuat dan istimewa seperti manusia. Mereka akan berbakti kepada manusia ataupun sebaliknya, bergantung sebagaimana manusia itu pernah berbakti terhadap mereka.


Lim Su Yee adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.