Sundar Pichai Ingin Google Search Menjadi Pembantu Peribadi Pengguna

TechnologyDigital
5 Feb 2025 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita semua tahu yang Siri, Google Gemini, Amazon Alexa dan lain-lain adalah pembantu maya atau terma yang kerap digunakan sekarang adalah pembantu digital kerana ada integrasi AI. Pembantu digital AI juga boleh membantu pengguna untuk melakukan carian, cuma tidak begitu tepat. Akan datang, Google Search turut akan dijadikan sebagai pembantu digital.

image is not available

CEO Google iaitu Sundar Pichai, berkongsi yang beliau mahu akan datang Google Search turut menjadi pembantu peribadi pengguna yang menjadi wakil untuk menggunakan Internet. Search boleh melakukan carian, kajian dan kemudian terus memberi pengguna jawapan. Tidak lkupa juga yang kemampuan Gemini Depp Research, di mana AI menggunakan akses Internet untuk melakukan kajian untuk pengguna.

Disebabkan itu juga Project Astra dan Project Mariner antara projek AI yang mereka ingin cuba mempercepatkan pembangunan dan menawarkannya kepada pengguna. Astra boleh melihat dunia secara langsung dan membantu pengguna. Sementara Mariner pula adalah sistem yang membolehkan AI menggunakan laman web untuk pengguna.

image is not available

Google turut sedar masih lama lagi untuk ciri carian AI, menawarkan kaedah carian pantas seakan kaedah tradisional – iaitu cari satu dapat 10 hasil untuk rujukan tambahan. Mereka juga sedar yang ramai tidak menggemari strategi ini, namun yakin kerana bertahun lamanya dalam industri carian Internet – mereka ingin menjadikan carian AI adalah perkara yang menjadi kebiasaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved