Ugreen Finder Slim Diperkenalkan – Penjejak Objek Apple Find My Senipis Kad Kredit

TechnologyDigital
3 Feb 2025 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Find My sehingga hari ini adalah rangkaian menjejak lokasi terbaik pernah diperkenalkan untuk penggunaan awam. Ia menjadikan peranti Apple di sesuatu kawasan sebagai nod carian untuk membantu pengguna menjejak peranti Apple milik masing-masing. AirTag adalah produk tersendiri oleh Apple, tetapi ada banyak lagi pengeluar aksesori menawarkan produk dengan ciri sama. Terbaru adalah Ugreen Finder Slim.

image is not available

Finder Slim ini menggunakan rekaan seakan sekeping kad kredit. Penggunaannya adalah untuk disimpan di dalam dompet, mempunyai penggera dengan kekuatan mencapai 80dB, akan mengeluarkan notifikasi ketika Finder Slim berjauhan dengan peranti, mempunyai perlindungan IP68 dan bateri boleh bertahan selama 12 bulan dengan satu pengecasan.

image is not available

Disebabkan Ugreen Finder Slim ini terlampau nipis, ia tidak menyokong pengecasan USB-C – sebaliknya perlu menggunakan kabel magnetik tersendiri. Ia dijual di Amerika Syarikat pada harga $26.99 iaitu sekitar RM121. Untuk pasaran Malaysia ia dijual pada harga sekitar RM100 mengikut kedai da promosi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved