Sungai Di KL Kini Berada Pada Paras Amaran, Dilapor Semakin Meningkat

29 Aug 2022 • 12:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sungai Di KL Kini Berada Pada Paras Amaran, Dilapor Semakin Meningkat

Keadaan cuaca hujan yang berterusan sejak petang tadi telah menyebabkan dua sungai di Kuala Lumpur berada pada paras amaran dan waspada.

Memetik laporan Kosmo, setakat jam 11.15 malam tadi, Sungai Gombak di Jalan Tun Razak merekodkan paras amaran dengan bacaan 30.59 meter (m) berbanding normal iaitu 29 m.

Manakala, Sungai Klang di Jambatan Tun Perak pula memperlihatkan bacaan 28.05 m melebihi paras waspada.

Kedua-dua catatan itu dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi laman web info banjir sebentar tadi.

Sementara itu, sungai-sungai di Selangor juga dilaporkan berada pada tahap bahaya, amaran dan waspada. Sungai Damansara di Kampung Melayu Subang, Petaling telah mencatatkan aras air 17.75 m.

Sungai Jijan di Taman Desa Merpati, Sepang pula mencatatkan bacaan 12.76 m, meletakkannya pada paras bahaya.

Terdahulu, MetMalaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri termasuk di Kuala Lumpur dan Selangor sehingga jam 3 pagi nanti.

Sumber: Kosmo