Sungguh Memalukan! Netizen Kesal Tindakan Pempengaruh Buat Kandungan Palsu - "Harap Berjanji Jangan Balik…."

8 Feb 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isu mengenai pempengaruh Ammar Nazhan yang membuat kandungan palsu mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai. 

Selepas tular mengenai isu tersebut ramai warganet yang meluahkan rasa kesal terhadap sikap mereka yang dianggap memalukan negara.

Rakan selebriti juga antara yang turut meluahkan rasa berang terhadap tindakan pempengaruh tersebut. 

Antara komen yang ditinggalkan rakan selebriti termasuk:

“Sunguh memalukan. Sepatutnya sudah jadi influencer tiktok bagi manfaat pada masyarat bukan bikin malu rakyat malaysia di Indonesia,” komen Wak Doyok.

“Harap berjanji jangan balik lagi Malaysia,” komen Fakhrul UNIC.


Selain itu, pengguna media sosial juga turut meluahkan rasa kesal mereka.

“Banned jangan bagi keluar dari Malaysia.

“Sungguh memalukan orang Malaysia.

“Isu orang hilang kau buat main main. B***g,” komen beberapa netizen. 


Terdahulu, Ammar Mohd Nazhan dan Aras tampil membuat permohonan maaf berkaitan penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia 

Sebelum ini , gadis berusia 22 tahun itu telah ditemui pada Rabu kira-kira jam 10 malam selepas tiga hari di dalam hutan.


Video penemuannya dikongsikan secara langsung di TikTok.

Sebelum ini, rakannya yang juga pempengaruh Ammar Nazhan memaklumkan tentang kehilangan Eyka pada jam 2 pagi Isnin lalu.