Suno Mengatakan Melatih Model AI Guna Muzik Dan Lagu Pihak Lain Tidak Melanggar Hak Cipta

TechnologyDigital
2 Aug 2024 • 2:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suno merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan yang membolehkan pengguna menjana muzik dan lagu melaluinya. Baru-baru ini, mereka telah disaman syarikat rakaman muzik kerana didakwa melanggar hak cipta. Selang beberapa bulan, kini Suno mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.

image is not available

Suno menyatakan mereka melatih model kecerdasan buatan menggunakan muzik-muzik berkualiti tinggi dan medium yang boleh didapati melalui internet terbuka. Suno membandingkan perkara sama juga turut dilakukan pelbagai pihak untuk melatih model kecerdasan buatan, seperti Apple, Google, Microsoft dan juga OpenAI.

Disamping itu, Suno mengatakan melatih model kecerdasan buatan menggunakan bahan di internet tidak melanggar hak cipta – dan turut membandingkan proses pembelajaran biasa yang dilalui oleh manusia, yang tidak melanggar sebarang perkara, sebaliknya ia adalah proses pembelajaran dan pemahaman.

Suno turut menyatakan telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan platform mereka tidak menjana lagu sedia ada, sebaliknya pelbagai pencipta kandungan menghasilkan lagu baharu menggunakan penawaran mereka.

Menyentuh berkenaan hal ini, RIAA memberikan respon balas mengatakan Suno diam berkenaan proses latihan model mereka, sehingga difailkan saman. Disamping itu, RIAA turut membantah penggunaan yang dilabelkan “fair use” oleh Suno apabila mereka menggunakannya pada tahap besar-besaran peringkat industri.

Sama-sama kita nantikan perbicaraan dan perbincangan lanjut berkenaan kes ini.