Suno Perkenal Model v6 – Model AI Memfokuskan Muzik Yang Dilatih Menggunakan Lagu Dilesenkan

TechnologyMusic
10 Sep 2026 • 8:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suno Perkenal Model v6 – Model AI Memfokuskan Muzik Yang Dilatih Menggunakan Lagu Dilesenkan

Suno merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan yang membolehkan pengguna menjana lagu atau muzik dengan hanya melakukan input arahan berasaskan teks. Terbaru, Suno telah memperkenalkan model terbaru mereka, iaitu Suno v6.

Suno v6 dilatih menggunakan kandungan yang dilesenkan daripada pelbagai rakan industri, termasuk Warner Music Group, BMG dan juga Believe. Ini sekaligus menyaksikan kerjasama antara syarikat teknologi dan juga rakan industri dalam perkembangan arena kecerdasan buatan janaan ini.

Suno mengatakan model ini adalah model terbaik mereka, menjana lebih pantas, menawarkan kualiti lebih tinggi, dan memberikan pengguna lebih kawalan terhadap muzik mereka. Suno turut menyatakan model ini membuka ruangan dan peluang untuk meningkatkan lagi pendapatan rentas ekosistem muzik.

Model baharu ini hadir dalam tiga variasi, termasuk model mercu untuk pengguna berbayar, serta model v6-mini yang lebih efisien. Bagi anda yang sering menjana lagu atau muzik menggunakan kecerdasan buatan janaan, boleh menguji model v6 ini melalui Suno bermula hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved